Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Dua beranak terima Sijil Masyarakat Berjasa

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Tindakan pantas dua beranak telah berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak dalam kejadian di Kampung Sibut baru-baru ini.

    Tindakan pantas Awang Muhammad bin Sabar Elie @ Sabat anak Elie dan anaknya, Awang Mohd Sulaimi bin Abdullah Sabat @ Toni anak Sabat itu mendapat pujian serta penghargaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, Cawangan Operasi G, JBP telah menyerahkan Sijil Masyarakat Berjasa kepada kedua-dua mereka yang telah berjaya memadamkan kebakaran di salah satu unit rumah bantuan mualaf milik Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Kenyataan menyatakan bahawa sijil telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah pada majlis penyerahan sijil yang diadakan di Kampung Sibut, kelmarin.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Stesen Komander Balai Bomba Bangar, Pemangku ASFR Jamaludin bin Ahmad dan pegawai PDI.

    SSFR Haji Afiq menyerahkan Sijil Masyarakat Berjasa kepada salah seorang penerima di Kampung Sibut, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...