Dua bot nelayan asing ditahan
KUCHING, 13 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berjaya menahan dua buah bot nelayan asing dalam satu operasi kira-kira 80 batu nautika Utara Kuching, petang Sabtu lepas. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak Komander Maritim Hamiludin Che Awang berkata seramai 29 awak-awak serta tekong warga Vietnam itu ditahan dalam satu operasi kira-kira pukul 5 petang ketika sedang menangkap ikan. “Semasa pihak kami


































