Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Dua buah rumah rentung

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Dua buah rumah dan bilik sewa musnah dalam dua kejadian kebakaran berasingan, masing-masing di Kampung Pasai, Jalan Mulaut, Sengkurong, Daerah Brunei dan Muara serta Kampung Negalang, Daerah Temburong, malam tadi.

    Kejadian kebakaran di Kampung Pasai melibatkan sebuah rumah dan bilik sewa di mana seramai 10 orang anggota dari Balai Bomba Jerudong dan lima orang dari Balai Bomba Pengkalan Batu yang diketuai oleh DSO Yusof bin Bujang telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 8:29 malam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, apabila anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, api besar telah membakar hampir keseluruhan bilik sewa yang bersambung dengan rumah penghuni berukuran lebih kurang 25 meter panjang dan 15 meter lebar.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memakai alat pernafasan dan memadam kebakaran dengan air diperoleh dari tangki WRL 29 relay dari pili bomba yang berdekatan serta tanker dari Balai Bomba Beribi.

    Kejadian berkenaan telah memusnahkan keseluruhan rumah dan bilik sewa di mana api dapat dikawal dalam masa kira-kira 10 minit dengan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan dan tidak ada korban jiwa dilaporkan.

    Anggota JBP memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah rumah jenis kayu dalam kejadian kebakaran di Kampung Negalang, Temburong.
    Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dan bilik sewa dalam kejadian kebakaran di kawasan Kampung Pasai.

    Manakala itu, di Kampung Negalang, kejadian melibatkan sebuah rumah jenis kayu dan 11 orang anggota serta dua buah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ASO Haji Yussof bin Haji Jerudin telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 8:49 malam.

    Dalam kejadian itu, anggota bomba dan penyelamat yang sampai di tempat panggilan mendapati api besar membakar keseluruhan rumah beratapkan zink berkenaan.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadam kebakaran menggunakan dua jet hos dengan bekalan air diperoleh dari tasik yang berdekatan dan api dapat dikawal dalam masa 3 minit.

    Hadir di tempat kejadian ialah Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah, Stesen Komander Balai Bomba Bangar, SO Jamaluddin bin Ahmad serta Pemangku Ketua Kampung Negalang, Awang Norasmadi bin Karim.

    JBP menyatakan lagi bahawa api dapat dikawal daripada merebak dan tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan dengan punca serta kerugian masih dalam siasatan.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...