Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Rumah terjunam ke dalam air

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Jabatan Bomba dan Penyelamat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Dentuman kuat berikutan kejadian rumah roboh telah mengejutkan penduduk yang tinggal berdekatan di Kampung Saba Hujung, kelmarin.

    Video yang menunjukkan rumah diperbuat daripada kayu dan bertiang konkrit itu terapung di atas air telah tular dalam media sosial.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, menyatakan kejadian itu melibatkan dua buah rumah yang masih berpenghuni.

    Siasatan lanjut dijalankan dan mendapati rumah yang berdekatan diperbuat keseluruhannya daripada kayu, beratap spandik dan bertiangkan konkrit telah mengalami kerosakan di bahagian bilik dapur dan bilik tidur yang mana kerosakan yang terlibat berukuran dua meter panjang.

    Sejurus menerima panggilan, empat orang anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABKS 384 Supardy bin Sapar telah dikerahkan ke tempat kejadian.

    Sebaik saja tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati rumah tersebut telah roboh keseluruhannya dan anggota yang terlibat mengambil tindakan dengan memasang fireline.

    Sehubungan itu, JBP dalam kenyataannya turut mengingatkan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dalam keadaan selamat dengan membuat pemeriksaan pada struktur rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

    Sebuah rumah kelihatan terjunam separuh ke dalam air di Kampung Saba Hujung.
    Keadaan rumah roboh di Kampung Saba Hujung.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...