Dua budak lari dari rumah sambil merosak

BERLIN, 13 OGOS – Polis Jerman berkata dua adik-beradik lelaki meninggalkan jejak kemusnahan di kampung mereka, Bavaria selepas lari dari rumah.

Jurucakap polis, Alexander Horn berkata hari ini budak lelaki berusia empat dan enam tahun dari Kulmbach lari dari rumah pada petang kelmarin, mencuri penunu gas jiran dan membakar sebahagian garaj.

Mereka kemudian membanjiri tingkat bawah tanah jiran lain, sebelum mencuri tin aerosol dan menyembur varnis putih di seluruh pintu jiran lain dan dua buah kereta. Seorang jiran kemudian menyedari kemusnahan itu lantas menelefon polis.

Para pegawai membawa kedua-dua adik-beradik berkenaan ke pejabat kebajikan tempatan yang kemudian menelefon ibunya untuk mengambil anaknya.

Horn berkata mereka masih lagi menyiasat maklumat sebenar perbuatan memusnah budak lelaki berkenaan yang menyebabkan kerosakan sekitar 15,000 euro (AS$16,780) – yang terpaksa dibayar oleh ibu bapa mereka. – AP