Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Dua buku terbitan ABDB dilancar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Dua buku terbitan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Panduan Dasar Gangguan di Tempat Kerja dan buku Panduan (Latihan) Kepimpinan ABDB telah dilancar oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat pada majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan (AP)ABDB, Kampung Tanah Jambu, hari ini.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah pemangku setiausaha tetap, komandan AP ABDB, komandan IL ABDB, pengarah-pengarah tentera dan pengarah pentadbiran dan tenaga manusia.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim dan diteruskan dengan pelancaran dua buku terbitan ABDB tersebut.

    Penerbitan Panduan Dasar Gangguan di Tempat Kerja merupakan salah satu usaha menangani gangguan di tempat kerja di kalangan anggota ABDB dengan meningkatkan tahap kesedaran dan ilmu mengenai etika di tempat kerja.

    Dengan penerbitan buku itu, setiap anggota ABDB dihasratkan mendapat pendedahan dan kesedaran dalam memupuk sikap etika kerja yang bermanfaat.

    ABDB turut berharap para pembaca akan mengenali ABDB sebagai sebuah organi-sasi yang menjaga keamanan negara serta keharmonian anggota di tempat bertugas.

    Manakala, penerbitan buku Panduan (Latihan) Kepimpinan ABDB berfungsi sebagai penerbitan sulung yang membina pengetahuan sedia ada dalam pengajian kepimpinan dalam ABDB yang dipertingkatkan dengan nilai-nilai maqasid al-syariah.

    Buku panduan itu dihasratkan untuk digunakan dan diterapkan dalam modul-modul kepimpinan di dalam kursus-kursus dan pembelajaran di ABDB bagi perkembangan dan pembangunan kepimpinan bukan hanya kepada pegawai-pegawai tetapi juga kepada semua peringkat serta lapisan pemimpin ABDB.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah menyempurnakan pelancaran buku Panduan Dasar Gangguan di Tempat Kerja dan Panduan (Latihan) Kepimpinan ABDB, kelmarin.
    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah mengagihkan buku Panduan Dasar Gangguan di Tempat Kerja dan Panduan (Latihan) Kepimpinan ABDB, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...