Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Dua cedera dalam kebakaran di Moscow

    MOSCOW, 3 JUN – Dua orang cedera selepas kebakaran meletus di sebuah pusat perniagaan 10 tingkat di barat Moscow kelmarin, kata pihak berkuasa.

    Kebakaran berjaya dipadamkan selepas lebih 120 orang dipindahkan, menurut satu kenyataan kementerian kecemasan.

    Rakaman menunjukkan api besar dan kepulan asap tebal ketika anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

    “Pada jam 12:32 tengah hari, api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” kata kementerian kecemasan dalam satu kenyataan dalam aplikasi pesanan Telegram.

    Kementerian berkata sebelum ini bahawa lebih 120 orang telah diselamatkan dari bangunan yang terbakar.

    Manakala Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin berkata bahawa dua orang memerlukan bantuan perubatan dan seorang daripada mereka dirawat di tempat kejadian.

    “Nyawa mereka tidak dalam bahaya,” tambah Sobyanin.

    Kebakaran meliputi kawasan seluas 1,000 meter persegi, ujar kementerian itu sambil menambah 180 anggota bomba dan 41 peralatan telah digunakan bagi memadamkan kebakaran. – AFP

    Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah pusat perniagaan di barat Moscow kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -