Dua cedera dalam serangan asid

TOKYO, 25 OGOS – Dua orang mengalami luka melecur dalam serangan asid di stesen kereta api bawah tanah Jepun manakala pelakunya masih lagi diburu, kata polis dan media tempatan hari ini.

Serangan berlaku di stesen Shirokane Takanawa, kawasan mewah dekat Tokyo semalam, ketika upacara pembukaan Paralimpik dengan kawalan ketat dilaksanakan di ibu kota.

Jurucakap polis memberitahu AFP bahawa salah seorang mangsa, seorang peniaga berusia 22 tahun, mengalami luka melecur di mukanya selepas suspek menyemburkan cecair ke arahnya ketika beliau berada di eskalator.

Stesen televisyen NHK melaporkan, lelaki itu cedera parah terkena cecair dipercayai asid sulfurik. Seorang wanita berusia 34 tahun juga dilaporkan mengalami luka melecur tidak serius di kakinya. Suspek pertengahan umur itu masih lari dicari, kata polis, yang sedang meronda di kawasan itu untuk mencari dan menangkapnya. – AFP