Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah berjaya menggagalkan dua percubaan untuk membawa masuk barang tegahan iaitu sebanyak 25 karton rokok di kawasan Kampung Junjongan Limau Manis.
Dalam penemuan pertama, sekitar jam 1:15 petang, pihak polis menemui satu tekiding berisi 10 karton rokok pelbagai jenama. Manakala itu, satu lagi tekiding berisi 15 karton rokok pelbagai jenama ditemui di lokasi sama sekitar jam 2:30 petang.
Kedua-dua tekiding berkenaan dipercayai baru sahaja ditinggalkan oleh suspek penyeludup.
Kesemua barang tegahan dibawa ke Balai Polis Limau Manis dan kes dipindahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. PDB khususnya Pasukan Simpanan Polis C Kompeni akan sentiasa komited dalam operasi-operasi pembanterasan penyeludupan barang-barang tegahan di kawasan sempadan Brunei Darussalam.




























