Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Dua didakwa curi AS$3 juta daripada pesakit mental

    LOS ANGELES, 2 FEB – Dua orang telah didakwa mencuri hampir AS$3 juta daripada seorang pelabur kaya, berpindah ke rumahnya di pantai Malibu, mendakwa berkawan dengannya dan memberinya dadah, sebelum cuba mencuri AS$20 juta tambahan selepas kematiannya, kata pendakwa persekutuan semalam.

    Anthony Flores, 46, dari Fresno, ditahan pada minggu lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan feloni, sementara Ana Moore, 39, yang tinggal di Monterrey, Mexico, ditahan pada Selasa di Houston selepas menaiki pesawat, menurut kenyataan dari pejabat peguam AS dan California. Dia hadir di mahkamah Texas tetapi tidak membuat akuan.

    Kedua-duanya akan dihantar pulang ke California.

    Menurut pendakwaan, pada awal 2017, Flores, pendandan rambut yang memiliki perniagaan membersih tingkap di Fresno, dan Moore, bekas pemilik studio yoga, berjumpa dengan pakar mata yang merupakan seorang pelabur berjaya tetapi menghidapi penyakit mental yang meninggalkannya tidak dapat mengurus dirinya.

    ”Selepas beberapa hari berjumpa dengan mangsa, Flores dan Moore berpindah ke rumah mangsa di Malibu tanpa sewa, dan beransur-ansur mengawal kehidupannya dengan berpura-pura menjadi ‘kawan baik’ dan ‘penjaga baharunya,’ menurut kenyataan.

    Selama beberapa bulan, Flores dan Moore memindah wang mangsa kepada akaun bank mereka sendiri, ‘memulaukan mangsa daripada keluarga dan kawan rapat dan memberikan mangsa dadah, termasuk marijuana dan LSD.

    Sebelum meninggal dunia, kedua-duanya didakwa memberikan LSD kepada mangsa yang menyebabkan keadaan mentalnya bertambah teruk, kata pendakwa. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...