Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Dua wanita, masing-masing warga tempatan dan warga asing, telah dijatuhi hukuman secara berasingan di Mahkamah Majistret, membabitkan kesalahan pelacuran.
Wanita tempatan berusia 37 tahun, Nurul Nadiatul Suzana Mohd Aizuddin mengaku bersalah kerana terlibat dalam perkhidmatan seksual bersama seorang lelaki dengan bayaran $100.
Defendan telah didenda $1,000, atau berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar.
Maklumat awam mendorong pasukan polis ke lokasi dan mendapati defendan bersama seorang lelaki di dalam bilik homestay dan asrama di Kampung Beribi pada petang 10 Januari, bersama-sama dengan bukti lain berkaitan pelacuran.
Defendan mengakui bahawa dia telah melakukannya sejak 2016.
Sementara itu, wanita warga Indonesia berusia 48 tahun, Aryati Mohd Badri mengaku bersalah atas keterlibatan yang sama bagi $25 dengan seorang lelaki warga Indonesia berusia 48 tahun, Mustofa, yang juga mengaku bersalah telah mendapatkan khidmatnya.
Pada hari dan lokasi yang sama dengan kes terdahulu, anggota polis menyerbu bilik sebelah di mana mereka telah menemui pasangan itu, bersama-sama dengan bukti berkaitan pelacuran.
Siasatan mendapati, Mustofa adalah pelanggan tetap Aryati yang telah berurusan dengan pengaturan yang sama untuk tiga kali sebelum ini.
Defendan masing-masing diperintahkan untuk membayar denda $1,000 atau berdepan hukuman penjara sebulan.
Timbalan Pendakwa Raya Adli Mohd Zaidi mengendalikan kes di hadapan Majistret Kanan Pengiran Hazirah Pengiran Haji Mohd Yusof.