Dua ditahan rancang bantahan antisekatan

MELBOURNE, 7 OGOS – Polis Australia telah menahan dua lelaki yang dituduh merancang bantahan antisekatan di Melbourne, satu tindakan luar biasa untuk menghentikan satu acara yang dikatakan oleh pihak berkuasa akan ‘mengancam nyawa.’

Polis berkata hari ini kedua-dua lelaki dalam umur 40an telah ditahan selepas telefon bimbit dan komputer dirampas dan kedua-duanya akan didakwa kerana mencetuskan kesalahan jenayah.

Pasangan itu ditahan berikutan satu siasatan dalam bantahan ratusan orang yang dirancang diadakan di pusat bandar Melbourne pada Ahad ini, beritahu polis kepada AFP.

Perhimpunan itu mencabul sekatan Melbourne, yang dikuatkuasa semalam, mengharamkan perhimpunan besar dan menghalang penduduk daripada keluar dari rumah kecuali kerja, senaman atau membeli barangan penting.

Satu laman Facebook untuk bantahan pada Ahad telah dikeluarkan, namun ia menyuarakan tentangan terhadap penutupan perniagaan kecil, pemakaian penutup mulut dan hidung serta ‘vaksin mandatori.’ – AFP