Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Dua dituduh miliki senapang buatan sendiri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Dua orang lelaki, masing-masing warga asing dan warga tempatan, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini bagi menghadapi pertuduhan memiliki senapang buatan sendiri.

    Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni belum mengambil pengakuan daripada kedua-dua mereka bagi memberi laluan kepada laporan balistik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengenai senapang yang dirampas.

    Pendakwa Raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli merangka pertuduhan terhadap warga asing berusia 47 tahun, Rosli @ Roslin bin Mohamad kerana memiliki tiga senapang buatan sendiri di rumahnya di Kampung Burong Pingai, Kampong Ayer pada 3 Julai lalu, manakala jirannya warga tempatan berusia 24 tahun, Awangku Mohamad Nor Izzuddin bin Pengiran Narudin didakwa memiliki sepucuk senapang buatan sendiri.

    Kes tersebut dibawa ke mahkamah selepas Pasukan Polis Diraja Brunei, yang merupakan sebahagian daripada pasukan petugas dalam operasi sepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain, melakukan serbuan ke rumah di kawasan tersebut pada Ahad lalu.

    Pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing membawa hukuman penjara antara lima hingga 15 tahun, berserta antara tiga hingga 12 kali sebatan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...