Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua ekor panda tiba di Indonesia

    JAKARTA, 28 Sept – Dua ekor panda gergasi China tiba di Indonesia hari ini dalam satu langkah “diplomasi panda” disasarkan bagi menyambut hubungan dua hala 60 tahun di antara kedua-dua negara.

    Cai Tao dan Hu Chun, kedua-duanya berumur tujuh tahun, tiba dari wilayah Sichuan dan akan ditempatkan di zoo safari di Bogor, bandar berdekatan dengan ibu negeri Jakarta.

    Panda-panda itu dipinjamkan oleh Beijing bagi menandakan ulang tahun diplomatik meskipun berlaku ketegangan-ketegangan terbaru di antara kedua-dua negara, dengan beberapa pertembungan di antara kapal-kapal China dan Indonesia di Laut China Selatan.

    Penghantaran itu adalah kali pertama Indonesia dipinjamkan panda, kementerian perhutanan dan alam sekitar Indonesia berkata membuatkan ia negara ke-16 yang dihadiahkan binatang oleh China.

    Zoo safari akan menjadi rumah panda-panda itu bagi tempoh 10 tahun akan datang apabila panda-panda itu selesai kuarantin selama sebulan.

    Dua ekor panda bernama Cai Tao dan Hu Chun yang dipinjamkan ke Indonesia oleh China. – AFP

    “Kami berharap kami boleh membiakkan panda-panda itu, Hu Chun dan Cai Tao akan mengawan agar ia boleh melahirkan anak sementara mereka di sini,” kata Yulius Suprihardo, seorang jurucakap dari Taman Safari Indonesia.

    Zoo itu telah membina rumah seluas 1,300 meter buat Cai Tao yang memiliki berat 128kg dan Hu Chun 113 kg.

    Panda-panda gergasi dianggap terdedah dan terdapat hanya kira-kira 1,800 dalam hidupan liar, menurut pertubuhan pemuliharaan Pertubuhan Hidupan Liar Sedunia (WWF).

    China menggunakan panda-panda gergasi, ikon kebangsaan sebagai satu hadiah yang sudah menjadi sejarah sejak sekian lama dan telah digelar “diplomasi panda”.

    Indonesia mengekalkan ia tidak memiliki sebarang pertikaian maritim dengan China di Laut China Selatan, tidak seperti negara-negara Asia lain, dan tidak bertanding pemilikan terumbu atau pulau-pulau kecil di sana.

    Namun tuntutan-tuntutan luas Beijing pada laut itu bertindih dengan zon ekonomi eksklusif Indonesia, perairan di mana negara itu memiliki hak dalam mengeksploit sumber-sumber di sekeliling pulau-pulau Natuna. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda