Dua gajah mati dilanggar kereta api

KOLKATA, 11 DIS – Dua ekor gajah mati selepas dilanggar kereta api penumpang di timur India, awal pagi tadi.

Menurut pegawai hidupan liar, sejak lima tahun ini, sekurang-kurangnya 26 ekor gajah dilaporkan mati dan puluhan lain cedera akibat dilanggar kereta api di landasan berhampiran sempadan Nepal. Jurucakap North Frontier Railway, Subhanan Chanda berkata, salah seekor gajah mati dilanggar sedang bunting dan haiwan itu dilanggar kira-kira jam 4:30 pagi ketika sedang melintasi landasan kereta api. – AFP

Penduduk India dan pekerja perhutanan berkumpul di sekitar bangkai gajah di kampung Batasi berhampiran sempadan India-Nepal pada 11 Disember 2019. – AFP