Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Dua gergasi dunia bertembung

    KAZAN, 29 Jun – Argentina dan Lionel Messi perlu mencari prestasi mereka dengan pantas jika mahu mara lebih jauh dalam Piala Dunia esok ketika mereka bakal berdepan Perancis yang masih belum mempamer aksi sebenar.

    Pertembungan pertama dalam kelompok 16 pasukan terakhir di Rusia menampilkan aksi menarik dua pasukan yang masih belum menyerlah setakat ini.

    Semua masalah usia pemain yang semakin meningkat dan tidak seimbang Argentina ditunjukkan ketika mereka ditewaskan Croatia pada peringkat kumpulan.

    Namun, dibantu semangat Diego Maradona, Messi akhirnya membuka akaun dalam kejohanan ini sebelum Marcos Rojo meledak voli menarik ketika menewaskan Nigeria bagi membolehkan naib juara 2014 itu menempah tiket ke peringkat kalah mati.

    Sementara itu, skuad kendalian Didier Deschamps yang juga antara pasukan pilihan sebelum kejohanan, tampak longgar walaupun melalui peringkat kumpulan tanpa kalah.

    Penyerang utama, Antoine Griezmann masih belum mendapat taring sebenar dan pemain tengah gagal menghasilkan kreativiti diharapkan.

    Deschamps berharap Perancis akan menemui prestasi sebenar apabila saingan kalah mati bermula esok.

    “Kejohanan sebenar baharu bermula, penyingkiran terus,” kata Deschamps. “Kami dapat apa yang kami mahukan. Tetapi kini halangan besar menanti kami, tetapi kami sudah berada di situ dan kami mensasarkan untuk ke pusingan seterusnya selepas ini.”

    Juara lima kali Ballon d’Or, Messi menunjukkan betapa dia amat penting buat Argentina menerusi jaringan pembukaan ketika berdepan Nigeria awal pagi Rabu lalu.

    Namun, ikon Barcelona itu gagal menyempurnakan penalti berdepan Iceland ketika seri 1-1 yang mengganggu harapan Argentina dalam perlawanan pembukaan.

    Messi hampir tidak kelihatan ketika skuad kendalian Jorge Sampaoli mengalami kekalahan kepada Croatia. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -