Dua gol Guimaraes bantu Newcastle tewaskan Leicester

NEWCASTLE, ENGLAND, 18 APRIL – Bruno Guimaraes melengkapkan kemunculan semula Newcastle dengan menjaringkan gol kedua pada minit kelima masa kecederaan untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Leicester dan seterusnya meredakan sebarang kebimbangan mengenai penyingkiran dalam Liga Perdana kelmarin.

Pemain Brazil tersebut, yang sebelum itu membatalkan aksi pembukaan separuh masa pertama Ademola Lookman, telah menanduk masuk hantaran silang Joe Willock untuk membawa pasukan di tanggga ke-14 Newcastle 12 mata di depan zon penyingkiran dengan baki enam perlawanan. Leicester, yang mara ke separuh akhir Liga Konfederansi Europa pada Khamis lalu, kekal di tempat kesembilan.

Leicester mendahului pada minit ke-19 selepas Kiernan Dewsbury-Hall menghantar sepakan sudut rendah ke arah Ayoze Perez. Apabila Perez mengawal bola ke dalam, Lookman melakukan rembatan melalui kawasan kotak penalti dan membuat hantaran kepada penjaga gol, Martin Dubravka. Newcastle menyamakan kedudukan pada minit ke-30. Apabila pemain pertahanan, Dan Burn menanduk masuk sepakan sudut Jonjo Shelbey dan Kasper Schmeichel menampan rembatan awal Guimaraes.

Namun, Guimaraes kemudian mengasak bola di antara kaki penjaga gol dan melepasi garisan. Pengadil Jarred Gillet, selepas diarahkan untuk menyemak semual keputusan awalnya untuk menafikan jaringan berkenaan, mengubah fikirannya. – AP

Reaksi Bruno Guimaraes selepas menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Newcastle United dan Leicester City. – AP