Dua hakim wanita dibunuh dalam serangan di Kabul

KABUL, 17 JAN – Lelaki bersenjata telah menembak mati dua hakim wanita Afghanistan yang bertugas di Mahkamah Agung dalam satu serangan di ibu negara Afghanistan hari ini, kata para pegawai, serangan terhadap utusan khas AS di Kabul yang disalahkan ke atas Taliban.

Serangan terbaharu itu yang Charge D’Affaires AS, Ross Wilson salahkan ke atas Taliban, muncul dua hari selepas Pentagon mengumumkan ia telah mengurangkan bilangan tentera di Afghanistan kepada 2,500, paling sikit dalam masa hampir dua dekad.

Serangan ke atas hakim-hakim berkenaan berlaku ketika dua wanita terbabit menggunakan kereta mahkamah menuju ke pejabat, kata Ahmad Fahim Qaweem, seorang jurucakap bagi Mahkamah Agung.

“Malangnya, kami kehilangan dua hakim wanita dalam serangan hari ini. Pemandu mereka pula cedera,” kata Qaweem kepada AFP.

Terdapat lebih 200 hakim wanita berkhidmat di mahkamah tertinggi negara itu, kata jurucakap berkenaan manakala polis Kabul mengesahkan serangan itu.

Keganasan memuncak di seluruh Afghanistan sejak beberapa bulan lalu walaupun rundingan damai berlangsung antara Taliban dan kerajaan, khususnya di Kabul, yang menjadi lokasi pembunuhan bersasar membabitkan individu berprofil tinggi telah mencetuskan ketakutan di bandar bergolak itu. – AFP

Seorang lelaki membersihkan jalan susulan insiden lelaki bersenjata menembak mati dua hakim wanita yang bekerja di Mahkamah Agung di Kabul pada 17 Januari. – AFP