Dua hari sifar jangkitan tempatan

KUALA LUMPUR, 9 JULAI – Usaha mengekang penularan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan hasil yang baik apabila sifar kes penularan tempatan direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, iaitu hari kedua berturut-turut.

Tiada kematian baharu turut direkodkan dalam tempoh sama, mengekalkan kes maut 121 untuk hari ke-24 berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya enam kes baharu dilaporkan hari ini, kesemuanya kes import iaitu lima warga tempatan dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 8,683 kes, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 63 kes,” katanya dalam kenyataan. – Bernama