Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Dua jam tahan sakit, Ezzaty genggam tangan Azwan Kombos

    Sakit macam hendak tercabut nyawa! Itu yang cuba digambarkan pelakon Ezzaty Abdullah ketika berkongsi pengalaman ketika melahirkan anak keduanya pada 11 Februari lalu.

    Bercerita lebih lanjut, Ezzaty, 31, berkata, suaminya Azwan Kombos menjadi ‘mangsa’ ketika dia sedang bertarung melawan kesakitan itu.

    “Sepanjang dalam bilik bersalin, banyak kali tangan Azwan kena genggam dan picit sekuat hati sebab menahan sakit. Nasib baik suami seorang yang reda.

    “Alhamdulillah hanya dua jam sahaja menahan sakit. Ketika itu rasa sakit memang maksimum seperti hendak tercabut nyawa.

    “Saya mengucap siap-siap masa hendak teran. Baru rasa nikmat sakit seperti yang orang selalu cerita sehingga trauma hendak beranak lagi,” kongsi Ezzaty.

    Ezzaty Abdullah berkongsi pengalaman ketika melahirkan anak keduanya pada 11 Februari lalu. – Agensi

    Pelakon drama The Maid ini selamat melahirkan anak lelaki pada 11 Februari di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor.

    Ezzaty dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sehari sebelum bersalin.

    “Pukul 11:30 malam sudah mula rasa sakit sangat. Begini rasanya orang selalu bercerita sakit selepas induced,” ujarnya.

    Bagaimanapun selepas melalui tempoh sakit tersebut, proses bersalin Ezzaty dipermudahkan dan hanya mengambil masa hanya lima minit sahaja.

    “Seronok dan syukur sangat bersalin kali ini dapat merasa nikmat sebegini. Ada rasa sakit, ada rasa lega, semuanya ada,” katanya.

    Sementara itu, Ezzaty berkata, dia belum memilih nama untuk anak keduanya itu. Ezzaty berkahwin dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.

    Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Harum Dalia yang kini berusia lima tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...