Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Dua jurugambar selamat wanita cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang

    BUTTERWORTH, 9 MAC – Dua jurugambar akhbar berbahasa Inggeris berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba bertindak terjun ke laut di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang di sini, hari ini.

    Ketika insiden pada 12:30 tengah hari itu, kedua-dua jurugambar lelaki yang menunggang motosikal dari arah Butterworth menuju Pulau Pinang ternampak wanita tersebut sedang memanjat tembok di hentian kecemasan jambatan berkenaan dan bertindak memberhentikan motosikal masing-masing.

    Masry Che Ani, 48, berkata semasa kejadian, beliau dan Ahmad Zhafaran Nasib, 39, dalam perjalanan ke Georgetown untuk melakukan tugasan.

    “Kami pada mulanya menyangka mungkin wanita itu ada masalah dengan motosikalnya atau dia sedang menggunakan telefon. Apabila kami semakin dekat, kami nampak badannya menggigil. Kami berasa tidak senang hati dan memutuskan untuk berhenti membantunya.

    “Ketika cuba mendekatinya, kami dengar wanita itu menangis sebelum cuba memujuknya untuk turun dari tembok terbabit dan pada masa sama, menjelaskan tindakan terjun jambatan itu bukan cara menyelesaikan masalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Masry berkata Ahmad Zhafaran kemudian menjerit supaya beliau menarik wanita itu dan terus memegangnya meskipun mangsa melawan.

    Ahmad Zhafaran pula berkata beliau gembira kerana mereka mengambil keputusan untuk memberhentikan motosikal bagi membantu wanita berumur 37 tahun itu sebelum menghubungi polis.

    Beliau berkata sebaik diselamatkan, wanita itu menangis teresak-esak menyebabkan beliau dan Masry bertindak menenangkannya serta meminta mangsa bersabar dan tidak terlalu memikirkan kejadian tersebut.

    “Saya bersyukur kerana kami berjaya menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah. Kami telah membuat liputan begitu banyak berita tentang kejadian bunuh diri dan misi menyelamat selama bertahun-tahun kami berkhidmat.” – Bernama

    Jurugambar The Sun, Masry Che Ani menarik seorang wanita yang cuba terjun ke laut di Jambatan Pulau Pinang, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...