TEHRAN, 24 MEI – Dua orang juruterbang tentera udara Iran terkorban apabila pesawat latihan F-7 terhempas di wilayah Isfahan, selatan Tehran, menurut laporan penyiar negara hari ini.
“Dua juruterbang pesawat terkorban dalam kemalangan yang berlaku pada sebelah pagi di daerah Anarak,” menurut laporan.
Jet pejuang malang itu sedang menjalankan misi latihan apabila ia terhempas, timbalan gabenor wilayah, Mohammad-Reza Jannessari memberitahu agensi berita rasmi IRNA.
Kertas siasatan telah dibuka bagi mengetahui punca nahas, tambahnya.
Tentera utara Iran telah mengalami beberapa kejadian pesawat terhempas dalam beberapa tahun kebelakangan. – AFP