Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua kanak-kanak jadi mangsa dendam

    SHANGHAI, 28 Jun – Seorang lelaki berusia 29 tahun menggunakan pisau dapur menyerang tiga kanak-kanak lelaki dan seorang wanita berhampiran dengan sebuah sekolah di Shanghai hari ini, membunuh dua orang kanak-kanak.

    Menurut pejabat keselamatan awam daerah Xuhui dalam satu notis yang dikeluarkan melalui laman rasmi mereka di Sina Weibo, suspek melakukan serangan sekitar pukul 11:30 pagi dan telah ditangkap polis dengan bantuan orang ramai yang berjalan di kawasan itu. Dua daripada kanak-kanak lelaki tersebut maut di hospital.

    Seorang lagi kanak-kanak lelaki dan seorang wanita yang lain terselamat dan tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa mereka.

    Seorang pekerja membersihkan tempat di mana seorang lelaki bersenjata menyerang tiga kanak-kanak lelaki dan seorang wanita di kawasan berhampiran sebuah sekolah di Shanghai, China kelmarin. – AP

    Polis berkata lelaki itu, yang mempunyai nama keluarga Huang, tiba di Shanghai awal bulan ini dan menganggur.

    Ia berkata dia melakukan serangan tersebut ‘untuk membalas dendam terhadap masyarakat’. Lelaki itu tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

    Oleh sebab undang-undang China menyekat penjualan dan pemilikan senjata api, serangan secara amnya dilakukan dengan pisau atau bahan peledak buatan sendiri. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda