Dua kanak-kanak Rusia maut

BANGKOK, 10 FEB – Dua adik beradik warga Rusia berusia 12 dan enam tahun hari ini maut dalam satu kemalangan bot laju di pulau peranginan Phuket, kata pegawai, ketika dua bot berlanggar berhampiran sebuah jeti.

Kemalangan berlaku 100 meter dari sebuah jeti persendirian di Phuket, selepas bot laju membawa pelancongan Rusia ke pulau berhampiran, berlanggar dengan bot dari arah bertentangan.

“Punca kemalangan adalah bot yang dipandu terlalu laju oleh pemandu,” kata pegawai kerajaan Phuket, tanpa mengenalkan dirinya. Abang dan adik perempuan meninggal dunia dalam kemalangan manakala 21 lagi pelancong Rusia lain cedera, dua daripadanya parah,” tambahnya. – AFP