Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Dua kapal bertembung di pantai Belanda

    THE HAGUE, BELANDA, 31 JAN – Sebuah kapal pengangkut barang bernama Julietta D dengan 18 anak kapal bertembung dengan bot lain kira-kira 20 batu ke barat pelabuhan Ijmuiden, kata Edward Zwitser, jurucakap Syarikat Kapal Penyelamat Diraja Belanda. Bot yang lain juga rosak, tetapi dapat meneruskan pelayarannya.

    Penyelamat memindahkan kesemua 18 anak kapal dari kapal yang ditinggalkan hanyut tanpa kemudi di taman turbin angin di pantai Laut Utara Belanda Isnin selepas ia berlanggar dengan kapal lain dan mula dinaiki air semasa ribut kuat, kata perkhidmatan kecemasan.

    Perlanggaran itu berlaku ketika ribut kuat melanda bahagian utara Eropah. Ia berlaku selepas Ribut Malik membunuh sekurang-kurangnya empat orang pada hujung minggu, memusnahkan rumah, menyebabkan banjir dan menyebabkan beribu-ribu isi rumah terputus bekalan elektrik.

    Pengawal pantai Belanda berkata, helikopter mencari dan menyelamat pertama telah tiba di tempat kejadian dan mula mengeluarkan anak kapal dari kapal. Ia tidak memberikan butiran lanjut.

    Tiga helikopter, termasuk satu dari Belgium, terlibat dalam operasi menyelamat.

    Juliette D mengalami kerosakan “yang mendatangkan bahaya langsung kepada 18 anak kapal,” kata jurucakap Edward Zwitser kepada The Associated Press dalam temu bual telefon.

    Beribu-ribu rumah di wilayah Nordic kekal tanpa bekalan elektrik pada hari ini dan terdapat laporan mengenai banjir di pelabuhan Laut Utara dan Laut Baltik di wilayah itu. Belanda barat dilanda teruk pagi Isnin dengan tiupan kuat mencabut pokok dan menyebabkan masalah lalu lintas. – AP

    Sebuah kren pembinaan tumbang di tengah Malmo, Sweden, selepas Ribut Malik yang kuat melanda utara Eropah pada hujung minggu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...