Tuesday, December 10, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua kelab London janjikan aksi menarik

    LONDON, 2 Jan – Arsenal dan Chelsea ketinggalan jauh di belakang pendahulu liga Manchester City untuk merebut gelaran Liga Perdana tetapi banyak yang perlu dinikmati di mana pertembungan dua kelab London di Stadium Emirates esok.

    Dengan juara bertahan Chelsea tercicir 14 mata di belakang City dan Arsenal kini ketinggalan enam mata dari kedudukan empat teratas tetapi banyak yang perlu dipertingkatkan kedua-dua buah pasukan tersebut.

    Di sini AFP Sport melihat permasalahan yang dihadapi oleh pengurus Arsenal Arsene Wenger dan pengurus Chelsea, Antonio Conte:

    Sanchez dan Ozil

    Selepas membuat keputusan untuk tidak melepaskan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil sebelum permulaan musim ini, Wenger dihentam dengan spekulasi mengenai kontrak Arsenal.

    Kontrak Sanchez dan Ozil akan berakhir penghujung musim ini dan menolak untuk menandatangani kontrak baru dan berkemungkinan besar kedua-dua pemain itu akan dijual Januari ini atau melepaskannya secara percuma pada Jun nanti.

    Keadaan semakin buruk apabila Sanchez kecewa dengan keputusan Wenger yang tidak membenarkan pemain Chile itu berhijrah ke Manchester City pada Ogos lalu, sekali gus memberi impak kepada para pemain, jurulatih dan penyokong.

    City, Paris Saint Germain dan Real Madrid antara kelab yang berminat untuk mendapatkan Sanchez. Pemain tengah Jerman Ozil sering dikaitkan dengan Manchester United dan Barcelona namun masalah Ozil nampaknya sudah diatasi tetapi aksi tidak konsisten Ozil menunjukan pemain Jerman itu tidak memberikan komitmen yang penuh untuk Arsenal. Bekas bintang Arsenal Martin Keown berkata: “Wenger terlalu percayakan pemainnya tetapi Sanchez dan Ozil terlalu dimanjakan.”

    Alexis Sanchez memberikan reaksi semasa perlawanan menentang West Bromwich Albion baru-baru ini. – AP

    Maju ke depan

    Walaupun Alvaro Morata nampaknya cepat menyesuaikan diri di Chelsea, bekas penyerang Real Madrid telah menjadi penyerang utama untuk skuad kendalian Conte.

    Morata telah mengutip 12 gol tetapi hanya mencetak dua gol dalam tujuh perlawanan terakhir. Dengan 39 gol musim ini, The Blues mengutip jaringan kurang daripada beberapa pasukan yang ketika ini berada dalam kedudukan empat teratas.

    Menyelesaikan masalah itu nampaknya mustahil untuk Conte kerana penyerang Belgium Michy Batshuayi, pengganti Morata hanya menjaringan dua gol dalam saingan liga dan belum mencetak gol sejak Oktober lalu.

    Conte dijangka akan berusaha untuk mendapatkan penyerang baru dalam jendela perpindahan Januari di mana pemain Inter Milan Mauro Icardi dan Domenico Berardi dari Sassuolo menjadi pilihan utama.

    Masalah bahagian pertahanan

    Selepas bolos 26 gol dalam saingan liga ini, lebih banyak dari pasukan yang menduduki tujuh teratas, Wenger sekali lagi mendapati bahawa bahagian pertahanan yang sering bocor telah menyebabkan mengganggu matlamat pasukan.

    Sementara Wenger telah mengubah formasi dari tiga pertahanan ke empat tonggak pertahanan, mengubah beberapa barisan pertahanan dan cuba untuk melindungi barisan pertahanan dengan pemain tengah, punca utama kelemahan Arsenal masih bersifat filosofi.

    Komitmen Arsenal untuk merancang serangan yang bergantung dengan hantaran kemas telah mendapat pujian dari orang ramai.

    Tetapi taktik jurulatih dari Perancis itu telah meninggalkan pemain pertahanan tepi terkeluar dari posisi sebenar dan barisan pemain tengah terlalu jauh ke depan dan terlalu bergantung kepada pemain perancang membuka peluang kepada pasukan lawan untuk membuli The Gunners.

    Perlukan motivasi

    Manchester City telah mempamerkan aksi yang mantap dalam pertengahan musim ini menyebabkan Conte untuk melaksanakan tugas dengan terus memberi motivasi kepada barisan pemainnya.

    Pada masa yang sama, Chelsea secara fatal tidak fokus apabila berdepan dengan pihak lawan sekali gus menyebabkan The Blues tewas kepada kelab bawahan seperti Crystal Palace dan West Ham.

    Conte merupakan seorang jurulatih yang mahukan lebih daripada yang diminta dan terdapat spekulasi yang tersebar bahawa pemainnya letih dengan sesi latihan yang dikendalikan oleh pengurus dari Itali itu.

    Keseimbangan perlu dikekalkan untuk barisan pemain bintangnya tetapi dia tidak merancangn untuk mengubah cara permainan.

    “Anda perlu memiliki kegigihan untuk melakukan tugas ini. Permintaan untuk diri saya adalah sentiasa memiliki kegigihan dalam beberapa tahun ke depan,” kata Conte. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda