Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Dua keluarga terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Dua buah keluarga terlibat kejadian kebakaran rumah telah menerima bantuan kewangan dari kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat hari ini pada majlis yang berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Hadir menyempurnakan penyerahan bantuan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Rumah kedua-dua mangsa kebakaran pada 17 dan 19 Ogos di Kampung Masin dan Kampung Anggerek Desa telah ranap sepenuhnya manakala seorang penghuni di rumah Kampung Anggerek Desa telah mengalami kecederaan melecur di bahagian badan dan sedang dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Bantuan kewangan adalah bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami untuk meneruskan kehidupan seharian.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa menyerahkan bantuan kepada kedua-dua mangsa kebakaran rumah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...