Dua kematian, satu kluster baharu di Sarawak

KUCHING, 23 FEB – Sarawak merekodkan dua lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kematian di negeri itu kepada 76 orang atau sebanyak 0.92 peratus daripada keseluruhan kes positif yang dilaporkan.

Hari ini, terdapat 133 kes baharu COVID-19 telah dikesan di Sarawak iaitu 36 di daerah Meradong, Sibu (28), Betong (17), Samarahan (13), Kuching (12), Bintulu (lapan), Julau (enam), Subis (enam), Miri (tiga), Saratok, Kanowit, Beluru dan Dalat masing-masing satu kes. –Bernama