Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Dua kementerian bertahlil di kubah

    Oleh Salawati Haji Yahya & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Sempena bulan Ramadan yang mubarak ini, dua lagi kementerian kerajaan telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, kelmarin.

    Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan majlis berkenaan dengan disertai seramai 250 orang kakitangan.

    Hadir mengetuai rombongan berkenan ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap I di KSSUP, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis serupa juga diadakan rombongan Kementerian Tenaga, jabatan serta badan-badan berkanun di bawahnya yang diketuai oleh Timbalan Menteri Tenaga, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Haji Azhar bin Haji Yahya dan Timbalan Setiausaha Tetap, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra.

    Hadir sama menyertai majlis berkenaan ialah pegawai dan kakitangan Kementerian Tenaga, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Syarikat Brunei LNG Sdn Bhd (Brunei LNG), Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), Syarikat Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC) dan syarikat-syarikat pengendali minyak dan gas lainnya yang beroperasi di negara ini.

    Majlis berkenaan telah dikendalikan bersama oleh Bahagian Tenaga Lestari dan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhomat Dato Seri Setia Haji Ali menge-tuai majlis tahlil rombongan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo mengetuai rombongan majlis tahlil bagi Kementerian Tenaga, jabatan serta badan-badan berkanun di bawahnya. – Gambar serahan Kementerian Tenaga

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...