Friday, December 2, 2022
30.8 C
Brunei

-

Dua kempen derma darah minggu ini

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Dalam usaha menambah bekalan darah bagi Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen-kempen derma darah di dua lokasi di daerah ini.

Pada 16 dan 17 Ogos, kempen akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Manakala itu, pada 18 Ogos, kempen akan diadakan di Dewan Al-‘Afiah Kementerian Kesihatan, bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang, sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan menggalakkan orang ramai yang berhasrat menderma darah supaya membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi mana-mana kempen derma darah tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook (@bloodbank.ripas).

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -