Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Dua kes curi, 18 bulan penjara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Mahkamah Majistret pada hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kepada seorang lelaki tempatan selepas dia mengaku bersalah atas dua kesalahan kes curi.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengarkan bahawa Ganesh @ Shaun Carballo Sambantham, 27, pergi ke Good Home di Beribi Central, The Walk dengan menaiki kereta sebelum tengahari pada 28 Februari lalu.

    Di dalam kedai, dia meronda-ronda dan mencuri dua loceng pintu video, peti keselamatan, suis akses, pisau saku lipat dan menyembunyikan barang-barang di dalam beg sikutnya.

    Semasa dia meninggalkan kedai tersebut, seorang kakitangan yang memerhatinya memaklumkan pekerja lain yang kemudiannya menahan defendan di luar dan menemui barang-barang di dalam begnya. Dia kemudiannya diserahkan kepada polis di mana siasatan mendapati bahawa dia telah melakukan pencurian lebih awal pada 17 Februari lalu.

    Pendakwa Raya, Aeny Zullizam seterusnya mendedahkan di mahkamah bahawa pada sebelah petang defendan pergi ke kedai Easter Company Hardware, di Kawasan Perindustrian Ringan, Kuala Belait.

    Di sana dia mencuri dua alat pengimpal dan menyembunyikannya ke dalam beg sikutnya.

    Ketika dia hendak pergi, seorang jurujual mendapati rakaman video dari kamera CCTV yang menunjukkan perbuatan defendan, lalu menuju ke arahnya dan cuba untuk menghalangnya.

    Defendan berjaya meninggalkan kedai dan berlari ke arah sebuah kereta dan berjaya melarikan diri.

    Jurujual itu membuat laporan polis yang membawa kepada kes tersebut.

    Defendan telah menjual alat pengimpal itu dengan harga yang rendah sedangkan ia bernilai lebih $500.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...