Thursday, December 1, 2022
23 C
Brunei

-

Dua kes Omicron XBB dikesan di S’wak

KUCHING, 3 NOV – Dua kes COVID-19 subvarian Omicron XBB telah dikesan melibatkan seorang pengembara yang memegang pasport Amerika Syarikat dan seorang individu yang baru pulang mengerjakan umrah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr David Perera kepada beliau hari ini.

“Mereka dikesan daripada sampel kes positif yang dikumpulkan pada awal bulan lepas. Institut berkenaan melakukan penjujukan ke atas sekumpulan sampel lain yang dikumpulkan pada bulan sama dan dijangka mengesan lebih banyak kes,” katanya dalam kenyataan di sini.

Uggah berkata mengikut laporan Dr Perera, varian itu berkemungkinan menular sejak awal bulan lepas. “Institut ini telah mengesan varian SARS-CoV-2 yang merebak di negeri ini sebagai sebahagian daripada program pengawasan di peringkat nasional,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China lancar kapal angkasa Shenzhou-15

BEIJING, 30 NOV – China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-15 semalam, yang membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa lepasnya bagi melengkapkan penghantaran pertama kru China...
- Advertisment -