Dua korea bakal leraikan isu kawalan sempadan

SEOUL, Korea Selatan, 6 Dis – Korea Selatan dan Korea Utara akan bertukar-tukar pasukan pemeriksaan di seberang sempadan yang dikawal ketat minggu hadapan bagi mengesahkan usaha antara satu sama lain untuk mengalihkan beberapa pos kawalan barisan hadapan mereka, menurut Kementerian Pertahanan Seoul hari ini.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, Korea Selatan dan Korea Utara telah merobohkan atau melaksanakan perlucutan senjata di 11 buah pos kawalan sempadan mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mengurangkan ketegangan yang dicapai ketika sidang kemuncak pemimpin-pemimpin mereka di Pyongyang pada September lalu.

Timbalan Menteri Pertahanan Suh Choo-suk memberitahu para pemberita bahawa kedua-dua negara Korea itu bersetuju untuk melaksanakan pengesahan bersama selama sehari ke atas tapak-tapak pos kawalan pada Rabu depan. Menurutnya kedua-dua negara Korea akan menghantar 11 pasukan pemeriksa tentera ke 11 tapak antara satu sama lain.

Suh berkata pengesahan bersama itu adalah bukti kepercayaan yang dijalin antara kedua-dua ketenteraan.

Pos kawalan yang telah dirobohkan atau dilucutkan senjata terletak di dalam 248 kilometer Zon bebas tentera, sebuah jalur daratan yang membahagikan Semenanjung Korea. Tidak seperti namanya, itu adalah sempadan yang paling dikawal ketat di dunia yang penuh dengan kira-kira 2 juta periuk api dan telah menjadi medan banyak kes keganasan dan pertumpahan darah.

Di bawah perjanjian September, kedua-dua negara Korea itu juga mengambil langkah untuk menjadi Panmunjom bebas tentera, kawasan sempadan yang dikongsi itu di dalam zon bebas tentera, yang menghentikan latihan menggunakan peluru hidup disepanjang sempadan dan telah mengalihkan periuk api untuk melakukan pencarian bersama bagi mereka yang terkorban dalam Perang Korea.

Langkah-langkah ini telah mengundang bidasan keras dari ramai konservatif di Korea Selatan yang mengatakan kerajaan liberal Korea Selatan yang diketuai oleh Presiden Moon Jae-in seharusnya tidak bersetuju dengan program pengurangan senjata biasa itu pada ketika ancaman nuklear Korea Utara masih tidak berubah.

Pengalihan terkini pos kawalan akan menjadikan Korea Selatan dengan kira-kira 50 pos zon bebas tentera dan Korea Utara sebanyak 150, menurut pakar-pakar pertahanan di Korea Selatan. – AP

Menteri Pertahanan Korea Selatan Suh Choo-suk bercakap semasa sidang akhbar di Seoul, kelmarin. – AP