SEOUL, 9 Jan – Korea Utara dan Selatan hari ini bersetuju untuk menyambung semula talian penting yang telah ditutup hampir dua tahun, kata pegawai, kurang daripada seminggu selepas rangkaian telefon awam rentas sempadan dibuka semula.
Korea Utara semasa rundingan rasmi pertama kedua-duanya, berkata, dalam masa lebih dua tahun talian di bahagian sempadan barat telah beroperasi semula, kata naib menteri penyatuan Korea Selatan, Chun Hae-Sung memberitahu para wartawan di Seoul.
“Maka, pihak kami memutuskan untuk mula menggunakan talian telefon tentera, bermula 8 pagi esok,” katanya.
Talian telefon telah ditutup pada Februari 2016 apabila Seoul mengumumkan penutupan zon industri bersama Kaesong yang terletak di utara sempadan barat dalam satu langkah yang menyuramkan hubungan.
Pengumuman hari ini itu muncul selepas kedua-duanya menyambung semula komunikasi awam di sempadan bertikai kampung Panmunjom Rabu lepas. – AFP