Dua kru helikopter maut dalam latihan

TAICHUNG, TAIWAN, 16 JULAI – Dua anggota kru terbunuh dalam nahas helikopter hari ini ketika tentera di Taiwan mengadakan latihan di seluruh pulau itu – termasuk serangan simulasi dari China.

Puncak latihan lima hari itu bertujuan untuk menguji bagaimana angkatan bersenjata pulau itu akan membalas balik serangan.

Simulasi utama hari ini menyaksikan jet pejuang, kapal perang dan tentera darat mematahkan percubaan musuh untuk mendarat di pantai itu di tengah bandar Taichung dalam operasi yang melibatkan sekitar 8,000 anggota perkhidmatan.

Tentera berkata helikopter Bell OH-58D terhempas ketika ia kembali ke pangkalan udara Hsinchu dari salah satu latihan tersebut, membunuh juruterbang dan pembantunya. – AFP