Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Dua lagi batalion PGA bakal diwujudkan di Sabah

    KOTA KINABALU, 28 FEB – Dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) bakal diwujudkan di Sabah iaitu Batalion 21 Keningau dan Batalion 22 Kunak, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

    Beliau berkata penambahan dua batalion itu, menjadikan Sabah bakal mempunyai tujuh batalion PGA secara keseluruhan dengan lima sedia ada iaitu Batalion 14 Tawau, Batalion 15 Sandakan, Batalion 16 Kinarut, Batalion 17 Lahad Datu dan Batalion 20 Beluran.

    Beliau berkata demi memperkukuh serta memperketat lagi kawalan di sempadan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat membangunkan satu lagi pos baharu PGA iaitu Pos Pangalungan di Nabawan.

    “Saya yakin, dengan adanya penambahan pos dan batalion berkenaan, akan dapat mempertingkatkan lagi mutu kawalan keselamatan terutamanya di kawasan sempadan, bagi mengekang kemasukan Pendatang Tanpa Izin, selain turut menghalang jenayah rentas sempadan,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...