Tuesday, December 10, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lagi insiden kebakaran kereta

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Dua lagi insiden kebakaran kereta telah dilaporkan berlaku di dua lokasi berasingan awal pagi hari ini, iaitu di kawasan berdepanan Masjid Kampung Belimbing Subok dan satu lagi di Stesen Minyak Mar’Azmala Jerudong. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, 10 orang anggota dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan telah dikejarkan ke insiden kebakaran kereta berdepanan Masjid Kampung Belimbing Subok, pada pukul 7:06 pagi, di mana api besar didapati membakar keseluruhan sebuah kereta jenis salon.

    Anggota bomba dan penyelamat yang diketuai oleh DSO Haji Embran bin Haji Yaakub bertindak memadam kebakaran tersebut menggunakan hos reel, air  dari tangki jentera  bomba.

    Pemandu kereta berkenaan merupakan seorang perempuan dan telahpun keluar dengan selamat sebelum jentera bomba sampai. Manakala itu, punca dan kerugian masih dalam penyiasatan.  Sementara itu, dalam insiden di Stesen Minyak Mar’Azmala Jerudong, dua buah jentera dari Balai Bomba Jerudong telah dikerahkan pada pukul 7:49 pagi.

    Menurut kenyataan, api telahpun berjaya dipadamkan oleh empat orang pekerja stesen minyak berkenaan menggunakan tujuh alat pemadam api jenis dry powder 4kg sebelum ketibaan anggota bomba.

    Kebakaran melibatkan sebahagian enjin kereta jenis salon yang dalam keadaan parking untuk mengisi minyak.

    Tidak ada korban jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.

    Anggota bomba dan penyelamat ketika memadamkan kebakaran di bahagian enjin sebuah kereta di Stesen Minyak Mar’Azmala Jerudong pagi kelmarin. Sementara itu, satu lagi kebakaran kereta berlaku di kawasan berdepanan Masjid Kampung Belimbing Subok. – Gambar serahan JBP
    Sebuah kereta ranap dalam kebakaran yang berlaku di Subok, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda