Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Dua lagi kapal bijirin berlepas

    ISTANBUL, 8 OGOS – Dua lagi kapal yang membawa bijirin meninggalkan Ukraine hari ini di bawah perjanjian penting baru-baru ini yang ditandatangani di Istanbul, menurut Kementerian Pertahanan Turkiye.

    Agensi Anadolu melaporkan kementerian berkata penghantaran bijirin dari pelabuhan Ukraine diteruskan sebagai sebahagian daripada tugas Pusat Penyelarasan Bersama.

    Kapal SACURA, yang mengangkut 11,000 tan metrik kacang soya ke Itali, berlepas dari Yuzhne, dan sebuah lagi kapal ARIZONA, membawa 48,458 tan metrik jagung ke Iskenderun, Turkiye, berlepas dari Chornomorsk.

    Selain itu, empat kapal lain yang berlepas dari pelabuhan Ukraine, kelmarin akan berlabuh di Istanbul pada petang ini dan tertakluk kepada pemeriksaan esok, tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...