Sunday, February 5, 2023
23.7 C
Brunei

-

Dua lagi pemimpin tolak perundangan penjagaan kesihatan baharu

WASHINGTON, 18 Julai – Rang undang-undang penjagaan kesihatan baharu yang dicadangkan Republikan bagi menggantikan Obamacare sekali lagi menerima tamparan, kali ini, ia ditolak dua lagi pemimpin Republikan sendiri.

Menurut agensi berita Xinhua, Senator Republikan Kansas Jerry Moran dan Senator Republikan Utah Mike Lee mengeluarkan kenyataan media berasingan pada Isnin yang menegaskan mereka tidak akan menyokong rang undang-undang penjagaan kesihatan itu.

Selain Moran dan Lee, beberapa lagi pemimpin Republikan membantah rang undang-undang penjagaan kesihatan tersebut, termasuk Susan Collins dari Maine dan Rand Paul dari Kentucky yang menentang Akta Penjagaan Kesihatan Baru (BCRA) yang dirangka untuk memansuh dan menggantikan Akta Penjagaan Mampu (ACA), atau dikenali sebagai Obamacare. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -