Dua lagi warga Rusia dijangkiti COVID-19

MOSCOW, 20 FEB – Dua lagi warga Rusia dari kapal pelayaran Diamond Princess yang dikuarantin di Jepun positif dengan jangkitan virus baharu itu, kata Kedutaan Rusia di Jepun hari ini.

Kedua-duanya akan dipindahkan ke hospital di Jepun untuk rawatan, menurut kenyataan Kedutaan yang diterbitkan di sosial media. Diamond Princess telah berlabuh di pelabuhan Yokohama berhampiran Tokyo sejak 4 Februari, apabila 10 orang di atas kapal itu didapati positif virus.

Setakat ini, 621 kes virus yang telah dinamakan COVID-19, telah disahkan di antara 3,711 orang dari kapal Diamond Princess.

Secara keseluruhannya, wabak virus yang berpusat di China tersebut telah menjangkiti lebih daripada 75,000 orang di seluruh dunia dan membunuh lebih daripada 2,100.

Rusia setakat ini telah melaporkan hanya dua kes penyakit di negara itu. Dua orang warga China yang didiagnosis virus itu dan dimasukkan ke hospital di dua daerah di Siberia pada akhir Januari telah pulih dan dibenar keluar dari hospital. – AP