Saturday, November 2, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lelaki maut kereta rempuh belakang lori

    KUANTAN, 25 OGOS – Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang berada di bahu jalan di Batu 8, Jalan Gambang-Kuantan kelmarin. 

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dalam kemalangan sekitar jam 10 malam itu, pemandu kereta jenis Proton Waja Zulkifli Mohamad, 43, dan penumpang hadapan Mohd Hairul Azlin Samud, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Beliau berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika Zulkifli yang bekerja sebagai mekanik dan Mohd Hairul bekerja di kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai dalam perjalanan dari arah Gambang menghala Kuantan.

    “Ketika di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda