Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Dua lelaki maut terkena renjatan elektrik

-

SIBU, 19 OGOS – Seorang lelaki warga emas serta rakannya maut terkena renjatan elektrik apabila lori membawa jengkaut yang dinaiki mereka tersangkut pada kabel elektrik di Jalan Semalau, Tanjung Manis, kira-kira 100 kilometer dari sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata mangsa Hi Sieh King, 61, manakala rakannya lelaki warga Indonesia belum dikenal pasti identitinya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah lori di Jalan Semalau menghala ke Kampung Jerijih pada  9:15 pagi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian yang jaraknya 18 kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian terdapat jengkaut yang dibawa sebuah lori tersangkut pada kabel aliran elektrik dan tayar depan sebelah pemandu lori berkenaan terbakar. Didapati dua mangsa terbaring di bawah tepi lori sebelah pemandu dipercayai terkena renjatan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya operasi pemadaman bagaimanapun tidak dapat dilakukan serta-merta kerana masih ada aliran elektrik pada kedua-dua kenderaan tersebut sehingga mendapat makluman daripada syarikat pembekal elektrik Sarawak bahawa bekalan elektrik telah diputuskan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -