Dua lelaki mengaku salah curi bateri

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Dua lelaki yang mengaku bersalah mencuri bateri lori akan menerima hukumannya pada 1 April 2019 di Mahkamah Majistret.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan tarikh hukuman terhadap Muhammad Fakhruddin bin Musli, 23, dan Mohammad Sofrezam bin Lamat, 47, yang mencuri dua biji bateri daripada lori yang diletakkan di kawasan Perindustrian Parkland, Mulaut pada 15 Mac 2019 kira-kira jam 10 malam.

Kehilangan bateri itu disedari oleh pekerja syarikat yang kemudian membuat laporan polis.

Sistem CCTV mendedahkan kedua-dua tertuduh melakukan curi di tempat kejadian.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.