Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Dua maut, 10 hilang taufan Hinnamnor landa Korea Selatan

    SEOUL, 6 SEPT – Dua orang ditemui mati, manakala 10 lagi hilang selepas Taufan Hinnamnor melanda Korea Selatan, menurut ibu pejabat pusat bencana dan keselamatan kebangsaan hari ini.

    Taufan Hinnamnor merupakan taufan yang ke-11 melanda negara itu pada tahun ini, dan kebanyakan mangsa dilaporkan berasal dari tenggara, lapor Xinhua.

    Seorang wanita berusia 70an telah ditemui mati di Pohang, kira-kira 270 kilometer dari tenggara ibu kota Seoul, selepas dia dipercayai dihanyutkan air deras.

    Sementara itu, lapan orang dilaporkan hilang selepas cuba mengalihkan kenderaan mereka di tempat letak kereta bawah tanah di Pohang.

    Seorang lagi wanita berusia 80an dijumpai mati tertimbus dalam runtuhan di Gyeongju, kira-kira 280km tenggara Seoul.

    Di Ulsan, kira-kira 310km tenggara Seoul, seorang lelaki berusia 25 tahun hilang selepas terjatuh ke dalam sungai.

    Setakat ini, lapan buah bangunan komersial dan 71 kediaman dinaiki air di seluruh negara, manakala empat buah rumah musnah.

    Lapan kejadian tanah runtuh dilaporkan setakat ini, dan lebih 200 kemudahan awam rosak.
    Lima bot nelayan karam, dan 1,320 hektar tanah ladang ditenggelami air selepas taufan itu.

    Lebih 66,000 buah kediaman mengalami gangguan bekalan elektrik, manakala lebih 2,900 orang, kebanyakannya tinggal di wilayah tenggara, telah dipindahkan buat sementara waktu. – Bernama

    Seorang penduduk berjalan di sepanjang jalan yang rosak di Ulsan ketika taufan Hinnamnor melanda wilayah selatan Korea Selatan, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...