Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil dekat Los Angeles

    LOS ANGELES, 3 JAN – Dua orang maut manakala 18 yang lain cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbung sebuah bangunan komersial di bandar Fullerton kelmarin, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

    Kejadian berlaku sekitar 2:09 petang waktu tempatan, kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.

    Nahas mencetuskan kebakaran besar dan memaksa perniagaan di kawasan sekitar dikosongkan, menurut jurucakap polis Fullerton, Kristy Wells.

    Rakaman video daripada saluran berita tempatan, KABC, menunjukkan asap putih keluar dari bahagian atas sebuah bangunan yang dikelilingi kawasan perumahan serta gudang komersial.

    Setakat ini, jenis pesawat yang terlibat belum dapat dikenal pasti, kata Wells. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda