Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Dua maut, 800 lolos dari penjara

    BENI, DR CONGO, 10 OGOS – Lebih 800 banduan telah meloloskan diri dari sebuah penjara d timur DR Congo selepas lelaki bersenjata melancarkan kejadian lari dari penjara di mana dua anggota polis terbunuh.

    Lelaki bersenjata ‘menyerang penjara Kakwangura di bandar Mutembo’ semalam, kata Kapten Antony Mualushayi, jurucakap tentera di rantau Beni.

    “Angka awal, yang masih bersifat sementara, adalah dua anggota polis terbunuh,” katanya, menambah seorang penyerang juga maut dalam kejadian itu.

    Sumber dalam perkhidmatan penjara, bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, berkata daripada 872 banduan, kesemua kecuali 49 yang berjaya melepaskan diri. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...