Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut dalam kejadian kereta langgar tiang telefon

    SRI AMAN, 19 Mac – Dua maut manakala tiga lagi cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang tiang telefon di KM31, Jalan Sri Aman-Serian, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, pemandu kereta jenis Perodua Axia, Sultan Untang, 43 dan penumpang hadapan, Romualdo Alim, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, dalam kenyataan, berkata, tiga lagi penumpang di bahagian belakang, Michael Robert, 22, Maxson Robert, 18, dan Donna Putra, 18, mengalami cedera ringan.

    Katanya, akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa yang maut tersepit dalam kenderaan dan anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda