BERLIN, 9 OKT – Sekurang-kurangnya dua maut dalam satu kejadian tembakan di sebatang jalan raya di bandar Halle, Jerman dan penembak itu masih bebas, kata polis.
“Laporan awal menunjukkan dua orang terbunuh di Halle. Beberapa tembakan dilepaskan, tetapi suspek penjenayah melarikan diri dengan menggunakan kereta,” kata polis di Twitter.
Polis turut mengingatkan penduduk setempat untuk terus berlindung di kediaman masing-masing sehingga keadaan kembali selamat. – AFP
