Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Dua maut dalam nahas pesawat tentera laut Indonesia

-

JAKARTA, 8 SEPT – Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur, kelmarin, kata Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono hari ini, lapor Xinhua.

“Kedua-dua mereka (juruterbang dan pembantu juru-terbang) disahkan maut,” kata laksamana itu pada sidang akhbar.

Pesawat G-36 Bonanza T-2503, dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan pertahanan.

Margono berkata mayat mangsa masih di dalam pesawat ketika bangkai pesawat itu dijumpai.

“Kedua-dua mereka masih duduk di kerusi masing-masing di dalam pesawat. Bangkai pesawat dikeluarkan dari lautan pagi ini (Khamis),” kata Margono. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -