Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Dua maut dalam nahas udara

    MANILA, 25 JAN – Dua juruterbang tentera udara Filipina terkorban dalam nahas hari ini, ketika pasukan penyelamat sedang mencari pesawat lain yang hilang pada hari sebelumnya dengan enam penumpang di dalamnya, kata pihak berkuasa.

    Semasa latihan, pesawat SF260 Marchetti tentera terhempas ke atas sawah padi di bandar Pilar dekat Manila, membunuh dua juruterbang, kata Ketua Polis wilayah Bataan, Kolonel Romell Velasco kepada AFP.

    “Ia musnah teruk. Sayapnya terpisah,” kata Velasco selepas melawat lokasi nahas.

    “Mustahil dapat terselamat dalam kemalangan teruk ini,” katanya sambil menambah bahawa mayat telah ditemui.

    Siasatan untuk menentukan punca kemalangan sedang dijalankan, kata jurucakap tentera udara Kolonel Consuelo Castillo memberitahu wartawan.

    Pasukan penyelamat menemui mayat dan bangkai pesawat terhempas di Pilar, Bataan. – AFP

    Pada Jun 2021, tentera menghentikan sementara keseluruhan armada Black Hawk selepas sebuah helikopter S-70i terhempas semasa latihan pada waktu malam, membunuh kesemua enam penumpang.

    Dalam kejadian berasingan di utara pergunungan negara itu, sebuah pesawat Cessna yang membawa seorang juruterbang dan lima penumpang gagal tiba di lapangan terbang terpencil kelmarin, kata pihak berkuasa penerbangan awam Filipina.

    Pesawat yang hilang itu berlepas dari lapangan terbang Cauayan di laluan yang akan membawanya merentasi banjaran gunung Sierra Madre, kata Eric Apolonio, jurucakap pengawal selia industri.

    Pengawal trafik udara memulakan ‘pencarian komunikasi’ selepas pesawat itu tidak bertindak balas setengah jam selepas ia sepatutnya mendarat, katanya dalam satu kenyataan.

    Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan buat sementara waktu berikutan cuaca buruk hari ini, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...